SNAR Homestay
Penginapan Selesa di Jitra, Kedah
 
Sila semak kekosongan rumah sebelum membuat tempahan




Muzium Padi.

 Salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi di negeri Kedah ialah Muzium Padi. Lokasinya terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Alor Star. Ia dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.

Muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ia mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

 

 Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Di aras 1 dipamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga dipamerkan di aras ini.

Di aras 2 pula ada 6 galeri. Di galeri ini kita boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian dari bermula dari zaman penjajah hingga sekarang. Di aras ini juga kita dapat menontong dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ada ditayangkan di sini setiap hari.

Yang paling menarik dan unik di Muzium padi ini ialah apabila berada di aras 3. Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di aras ini ada ruang pemerhati terletak di atas platform berputar.

Setelah puas melawat ke semua galeri, pasti inginkan sesuatu untuk dijadikan kenangan atauu buah tangan selepas pulang. Kedai cenderamata ada menjual barangan seperti baju "T", alat tulis, dan kraftangan. Disarankan juga anda mencuba makanan tradisi seperti sagon, karas dan lain-lain kerana makanan-makanan ini semakin jarang didapati. Semua makan ini dihasilkan oleh nanak-anak Kedah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Muzium Padi semamangnya lokasi pelancongan yang menarik. Selain daripada boleh menambahkan pengetahuan mengenai sejarah penanaman padi, kita juga boleh melihat bahan-bahan dan peralatan pertaniah yang semakin pupus.

Waktu Lawatan:

Dibuka Setiap hari

Sabtu - Khamis : 9:00 pagi - 5:00 petang

Jumaat             : 9:00 Pagi - 12:30 tengahari
                        : 2:30 Petang - 5:00 petang


Bayaran Masuk:

Dewasa              : RM 3.00 ( seorang )

Kanak-kanak      :RM 1.00 ( seorang )
                           (7 - 12 tahun )

Rombongan sekolah : RM 1.00 ( seorang )

Kamera                     : RM 2.00 ( sebuah )



Maklumat lanjut:

Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
Lebuhraya Daru Aman, Bakar Bata,
05100 Alor Star,Kedah Darul Aman.

Nombor telefon :
 
Muzium Negeri Kedah : 04-733 1162 Fax : 04-730 5100
Muzium Padi          : 04-735 1315 Email: muziumkd@tm.net.my

Laman web: http://www.kedah.gov.my/muzium/butiran/indeks.htm
 
Tercari cari
Kapsul Minyak Zaitun
dan Kapsul Habbatussauda'
dgn teknik perahan sejuk
 
 
 
Minuman Kecantikan &
Kesihatan berasaskan
sarang burung walit
yang digabungkan
dengan ramuan terbaik

 
SE7EN
Ramuan remedy untuk 
mengelakkan vena terumbat 
atau kolestrol tinggi