SNAR Homestay
Penginapan Selesa di Jitra, Kedah
 
Sila semak kekosongan rumah sebelum membuat tempahan


Taman Tasik Darulaman


Negeri Kedah mempunyai taman tema airnya sendiri apabila pemaju hartanah tempatan iaitu Darulaman Realty Sdn Bhd (DRSB) membangunkan Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman, di sini.

Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman yang terletak kira-kira satu kilometer dari Pekan Bandar Darul Aman dan bersebelahan Darul Aman Golf  Resort sangat terkenal di kalangan penduduk setempat untuk beriadah dan bersiar-siar.

Di antara tarikan pengunjung ke sini ialah air pancut setinggi 96 meter yang dikategorikan sebagai yang ketiga tertinggi di Asia.

Pengunjung juga boleh menikmati permainan-permainan air seperti basikal air, kayak dan menaiki sampan dengan kadar RM4 untuk dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.

Bagi penggemar aktiviti memancing, kadar yang dikenakan ialah RM10 untuk pancingan selama empat jam dan RM5 untuk dua jam. Ikan-ikan yang terdapat di tasik ini adalah seperti ikan pacu, lampam jawa, tilapia, patin dan keli.

Di sini juga disediakan buggy jeep yang boleh disewa dengan kadar RM10 bagi pengunjung bersiar-siar mengelilingi tasik bersama keluarga.

Bagi penggemar aktiviti jogging, tasik ini menyediakan trek jogging sepanjang lebih kurang tiga kilometer mengelilingi tasik yang dikelilingi pohon-pohon yang menghijau dan udara yang nyaman.

Gerai-gerai makanan dengan pelbagai menu serta pada harga yang berpatutan juga menanti pengunjung yang ingin menjamu selera di situ. Antara kemudahan lain yang disediakan di sini ialah taman permainan dan bilik air.  

Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman menjadi tempat berlangsungnya pertandingan memancing yang dianjurkan oleh pelbagai pihak serta aktiviti kebudayaan dan pelancongan.

Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman menjadi tempat riadah serta dikunjungi ramai kerana lokasinya yang strategik dan terletak di tepi Lebuhraya Utara-Selatan.
 
Tercari cari
Kapsul Minyak Zaitun
dan Kapsul Habbatussauda'
dgn teknik perahan sejuk
 
 
 
Minuman Kecantikan &
Kesihatan berasaskan
sarang burung walit
yang digabungkan
dengan ramuan terbaik

 
SE7EN
Ramuan remedy untuk 
mengelakkan vena terumbat 
atau kolestrol tinggi